Tanggo Island


Pulau Tanggo merupakan salah satu lokasi menyelam yang menarik di Terengganu.
45 menit dari pesisir pantai Kuala Dungun dibagian selatan negeri Terengganu.

Pulau ini kecil – hanya 3 km panjang dan 2 km lebar. Bagaimanapun, ini tidak menghalang mendapat sebutan sebagai ’surga’ lebih-lebih di kalangan penggemar aktivitas menyelam skuba.banyak keindahan dan keunikan dapat dilihat di sini ada membabitkan spesies ikan atau terumbu karang yang amat cantik dan pelbagai warna.



Pelbagai spesies hidupan laut seperti ketam, udang, penyu, jerung dan sebagainya dapat dilihat apabila berada di dasar laut Pulau Tanggo.


Pedalaman pulau ini dipenuhi tebing batu yang curam. Bentuk daratannya yang berbatu ini mengunjur dari pedalaman pulau terus hingga ke laut membentuk pinggir tebing yang curam di bawah laut – seperti dinding kanvas bagi kehidupan laut – ini yang menyebabkan lokasi ini tidak

membosankan dikunjungi penyelam skuba. Pualau Tanggo juga mempunyai banyak lokasi menyelam yang menarik,antara nya Telok Air Tawar,Tanjung Gemok,Tanjung Sarang Lang,Tokong Timur.Tokang Talam,Tokong Laut,Turtle Point dan beberapa lokasi lagi,setiap lokasi ini menjanjikan pengalaman penyelaman yang berbeza,di pulau tanggol juga terdapat kemudahan asas yang didirikan , ada Resort di dirikan di sini,antaranya Tanggo Island beach Resort dan Tanggo Aqua Resort,jom kita alami bercuti yang sungguh seronok kan di Pulau Tanggo.

No comments:

Post a Comment